Pada 28 Jun 2014, Warden Trafik telah mengadakan aktiviti menaik bukit (hiking) pada 7.30 a.m. hingga 11.30a.m. Tujuan mengadakan aktiviti tersebut adalah untuk menyihatkan badan ahli warden trafik dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Kami juga mengadakan ‘ Station Game ‘ semasa kami menaiki bukit. Setiap ahli yang hadir saling membantu semasa menaiki bukit dan menuruni lurah yang amat bahaya. Walaupun letih, kami berasa gembira. Persis peribahsa ‘ badan sihat, otak cergas ‘.

Pada 25 Jun 2014, Warden Traffik  mengadakan majlis naik pangkat untuk ahli percubaan tingkatan dua dan tiga. Majlis itu diadakan pada 1.45 p.m. hingga 3.00 p.m. di bilik mesyuarat.

Ahli yang menaik pangkat menerima tali leher daripada guru penasihat dan kemudian berikrar bahawa mereka berjanji untuk menjadi seorang warden traffik yang bertanggungjawab.