Sekolah kami mengadakan merentas desa pad 15 Mac 2014. Aktiviti ini dijalankan di luar sekolah, iaitu dari sekolah ke moongate. Setiap peserta berlari dari sekolah hingga ke puncak gunung dan balik ke sekolah. Pengawas-pengawas lalulintas/ warden trafik menjalankan tugas khas untuk menjamin keselamatan peserta.

Para pengawas lalulintas/ warden trafik dibahagi ke stesen-stesen. Kami membantu guru menghentikan kereta agar memberi laluan kepada para pelajar untuk melintas jalan.Kami juga memastikan peserta merntas desa tidak tersesat jalan atau berlari ke simpang jalan yang lain semasa larian.

Tugas khas tersebut amat berbeza dengan tugas biasa yang dijalankan setiap hari. Walaupun lebih mencabar, kami melakukannya dengan baik.

Pada 12 April 2014 yang lalu, Lembaga Pengawas Lalulintas/Warden Trafik mengadakan orientasi ahli baru bagi Tingkatan 1 & 2. Aktiviti ini dijalankan pada 8:30 pagi hingga 10:30 pagi di Carpark 2.

Tujuan mengadakan aktiviti tersebut adalah untuk memperkenalkan badan perkhidmatan kami kepada ahli baru. Ahli Jawatankuasa telah memberitahu peraturan badan ini dan tanggungjawab sebagai seorang Pengawas Lalulintas/ Warden Trafik.

Pada 22 April 2014, Lembaga Pengawas Lalulintas/ Warden Trafik telah mengadakan aktiviti mengecat pakir kawasan sekolah. Semua ahli menyertai aktiviti tersebut dan diiringi oleh cikgu Tan Ban Leong. Tujuan mengecat adalah untuk menjadikan tempat letak kereta sekolah kami lebih teratur.

Pada pagi itu, kami membawa berus, tin kosong, sarung tangan, surat khabar lama dan kain lembut. Kami berkumpul di Carpark 2 untuk mencampur cat terlebih dahulu. Ada juga mempunyai ahli yang bertanggungjawab untuk menyapu tempat yang akan dicatkan.

Kemudian, kami bermula untuk mengecat. Kami bekerjasama semasa mengecat. Terdapat ahli yang menyanyi sambil mengecat. Suasana itu sungguh menyeronokkan.

Selepas beberapa jam, kami habis mengecat semua pakir di kawasan sekolah. Walaupun letih, kami berasa gembira kerana dapat melakukan sesuatu demi sekolah.

Pada 8 Mac 2014, Lembaga Pengawas Lalulintas /Warden Traffik telah mengadakan kem latihan di kawasan sekolah. Semua ahli menyertai kem tersebut kecuali ahli Tingkatan Enam yang menduduki  peperiksaan MUET.

Tujuan mengadakan kem tersebut adalah untuk meningkat kemahiran bertugas ahli-ahli sama ada dalam tugasan biasa atau tugasan khas.Ahli-ahli diuji oleh Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas Lalulintas/ Warden Traffik yang menjadi pelajar jahat yang melanggar peraturan sekolah.

 

这个星期六(3/5)有Training Camp。时间是8.30am-10.30am。地点在Carpark 2。
实习会员请穿上体育衣和超过膝盖的裤,正式会员请穿团衣和超过膝盖的裤。
全体会员务必出席。